sktmpendang.zoom-a.com
           SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH
06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN. 
 Tel / Faks : 04-7594506
e-mel : sktmpendang@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | LAGU SEKOLAH | STAF SOKONGAN | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | | PANORAMA | PENGURUSAN SKTM | KANTIN | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Pada tahun 1954, timbul kesedaran dari beberapa di kalangan penduduk di sekitar Tanah Merah mengenal tentang kepentingan pelajaran. Dengan semangat dan rasa tanggungjawab terhadap anak-anak bangsa, agama dan negara yang tercinta agar generasi akan datang menjadi warganegara yang berguna, maka dengan kata sepakat, wujudlah sebuah sekolah yang dinamakan SEKOLAH MELAYU RAKYAT TANAH MERAH, PENDANG, KEDAH.
Dengan kerjasama dan skongan padu daripada penduduk setempat, maka pengasas-pengasas berikut telah diberi tanggungjawab untuk mendirikan sekolah:
1.   Allahyarham Penghulu Din b. Awang
2.   Allahyarham Penghulu Ahmad b. Din
3.   Allahyarham Penghulu Abdul Kadir b. Hj. Harun
4.   Allahyarham Panglima Abdullah b. Abdul Rahman
5.   Allahyarham Yaacob b. Din
6.   Allahyarham Awang Abdullah b. Minai
7.   Allahyarham Taha b. Abu Seman
8.   Allahyarham Tahir
9.   Encik Jasin b. Tahir
10. Tn. Hj. Ellias b. Jasin

Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Pihak kerajaan juga tidak ketinggalan bersama-sama menyumbangkan bantuan untuk mendirikan sekolah ini. Mula didirikan pada tahun 1954,  bahan-bahannya daripada kayu dan beratap zink. Mempunyai 5 buah bilik darjah dan murid-muridnya seramai 115 orang. Guru yang bertugas seramai 3 orang.


Encik Ahmad b. Yahya, seorang  anak tempatan telah diberi tugas sebagai Guru Besar.

Pada tahun 1961, sekolah ini diambilalih sepenuhnya oleh kerajaan persekututan sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan. Allahyarham Tn. Hj. Awang b. Ishak adalah Guru Besar kerajaan yang pertama. Jumlah penolong pada ketika itu adalah 7 orang dan murid-muridnya seramai 180 orang.


Pada tahun 1977, kerajaan persekutuan telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM220,000.00 untuk mendirikan sebuah sekolah tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah, 2 bilik serba guna, tandas murid, tandas guru, padang permainan dan sebuah kantin. Bangunan mula digunakan pada tahun 1983.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: